PERNYATAAN PRIVASI

Tarikh Terakhir Dikemas Kini: 25 November 2020

Pernyataan privasi ini (“Pernyataan Privasi”) meliputi cara MESSRS TAN CHONG LII & CO (“kami”) mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau memproses Data Peribadi (sepertimana didefinasi di bawah) anda menuruti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”). Pernyataan privasi ini diguna pakai pada Data Peribadi yang dimiliki atau di bawah kawalan kami, termasuk Data Peribadi yang dimiliki oleh organisasi yang kami terlibat untuk mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi untuk melaksanakan tujuan kami.

PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Bergantung pada sifat interaksi anda dengan kami, kami mungkin mengumpulkan nama anda, nama syarikat, nombor kad pengenalan, maklumat hubungan seperti alamat, alamat e-mel atau nombor telefon anda (secara kolektif, “Data Peribadi”) melalui beberapa cara yang termasuk tanpa terhad kepada : –

a) maklumat atau komen yang diberikan kepada kami oleh anda dengan apa-apa cara dan/ atau apa-apa sifat;
b) maklumat yang diperoleh oleh kami secara bebas atau diberikan kepada kami dari sumber lain yang sah;
c) maklumat yang diberi kepada kami oleh anda secara sukarela dan secara langsung atau melalui pihak ketiga yang telah diberi kuasa oleh anda (“wakil sah” anda) untuk mendedahkan data peribadi anda kepada kami setelah: –

(i) anda (atau wakil anda yang sah) telah diberitahu mengenai tujuan pengumpulan data tersebut, dan
(ii) anda (atau wakil anda yang sah) telah memberi persetujuan bertulis dalam pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut.

TUJUAN KAMI MEMPROSES DATA PERIBADI

Kami memproses, menggunakan dan menyimpan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut :-

(secara kolektif, “Tujuan-tujuan”).

KEPADA SIAPA KAMI MENDEDAHKAN DATA PERIBADI

Kami mungkin mendedahkan atau berkongsi Data Peribadi anda yang diperlukan untuk melaksanakan Tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini kepada orang, parti-parti atau entiti-entiti, termasuk tanpa terhad kepada:-

PEMINDAHAN ANTARABANGSA DATA PERIBADI ANDA

Kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda ke tempat-tempat luar Malaysia semasa menlaksanakan mana-mana Tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini.

MENGAKSES DAN MENGEMASKINI DATA PERIBADI ANDA

Jika anda ingin mengakses, memperbetulkan atau mengemas kini Data Peribadi anda, sila hubungi kami melalui maklumat berikut:-

MESSRS TAN CHONG LII & CO.

Advocates & Solicitors

Unit 720, Level 7, Block A,
Lobby 4, Damansara Intan,
No. 1, Jalan SS 20/27,
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

Tel No.: 03-7621 1391
Fax No.: 03-7621 1392

Kami akan menjalankan semua usaha yang sewajar dan praktikal untuk memenuhi permintaan anda jika permintaan tersebut selaras dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai. Kami juga mungkin memerlukan maklumat tambahan mengenai anda atau untuk mengesahkan identiti anda bagi mengelak penipuan dan ketidaktepatan.

PERUBAHAN PADA PERNYATAAN PRIVASI INI

Kami mungkin mengemaskini Pernyataan Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam amalan privasi kami atau perubahan dalam undang-undang yang terpakai. Jika terdapat perubahan pada Pernyataan Privasi ini, kami akan mengubah tarikh “dikemas kini” di bahagian atas halaman ini. Sila semak Pernyataan Privasi ini secara berkala untuk mengetahui syarat privasi yang dikemas kini. Penggunaan perkhidmatan kami oleh anda yang berkait dengan Penyataan Privasi ini selepas perubahan terma tersebut disiarkan merupakan persetujuan anda terhadap syarat tersebut.

TAFSIRAN

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Melayu Pernyataan Privasi ini dan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.

Untuk versi Bahasa Inggeris, sila klik sini.

LEGAL PLANS


We offer practical legal solutions to individuals & local and international businesses, in a wide range of key areas such as civil litigation, construction, arbitration, probate & conveyancing.

For Corporation

For Individual

OUR POPULAR SERVICES

Negligence Claims & Employment Relations Counsel

Wealth Protection & Estate Planning

Property & Commercial Transaction

Construction Dispute Resolution

Shareholders Dispute Resolution

Debt Recovery

Find Us

TAN CHONG LII & CO

Advocates & Solicitors

Unit 720, Level 7, Block A, Lobby 4,
Damansara Intan,
No. 1 Jalan SS 20/27,Petaling Jaya,
Selangor 47400, Malaysia.

TEL : +60 3 7621 1391 (Office)

© 2023 TAN CHONG LII & CO. ALL RIGHTS RESERVED. l Privacy Statement