PERNYATAAN PRIVASI

Tarikh Terakhir Dikemas Kini: 25 November 2020

Pernyataan privasi ini (“Pernyataan Privasi”) meliputi cara MESSRS TAN CHONG LII & CO (“kami”) mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau memproses Data Peribadi (sepertimana didefinasi di bawah) anda menuruti Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”). Pernyataan privasi ini diguna pakai pada Data Peribadi yang dimiliki atau di bawah kawalan kami, termasuk Data Peribadi yang dimiliki oleh organisasi yang  kami terlibat untuk mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi untuk melaksanakan tujuan kami.

 

PENGUMPULAN DATA PERIBADI

Bergantung pada sifat interaksi anda dengan kami, kami mungkin mengumpulkan nama anda, nama syarikat, nombor kad pengenalan, maklumat hubungan seperti alamat, alamat e-mel atau nombor telefon anda (secara kolektif, “Data Peribadi”) melalui beberapa cara yang termasuk tanpa terhad kepada : –

  1. maklumat atau komen yang diberikan kepada kami oleh anda dengan apa-apa cara dan/ atau apa-apa sifat;
  2. maklumat yang diperoleh oleh kami secara bebas atau diberikan kepada kami dari sumber lain yang sah;
  3. maklumat yang diberi kepada kami oleh anda  secara sukarela dan secara langsung atau melalui pihak ketiga yang telah diberi kuasa oleh anda (“wakil sah” anda) untuk mendedahkan data peribadi anda kepada kami setelah: –
    (i) anda (atau wakil anda yang sah) telah diberitahu mengenai tujuan pengumpulan data tersebut, dan
    (ii) anda (atau wakil anda yang sah) telah memberi persetujuan bertulis dalam pengumpulan dan penggunaan Data Peribadi anda untuk tujuan tersebut.

 

TUJUAN KAMI MEMPROSES DATA PERIBADI

Kami memproses, menggunakan dan menyimpan Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut :-

  • untuk membekalkan anda perkhidmatan undang-undang dalam kapasiti kami sebagai peguambela dan peguamcara, dan/atau berkomunikasi dengan anda semasa menjalankan perniagaan firma;
  • untuk membekalkan anda langganan (subscription) kepada buletin undang-undang, surat berita atau penerbitan kami;
  • untuk memberitahu anda mengenai acara, ceramah, seminar atau webinar, dan/atau berkongsi dengan anda bahan-bahan yang relevan untuk pengetahuan anda dan / atau penyertaan dalam acara, ceramah, seminar atau webinar kami;
  • untuk menjaga kepentingan sah firma termasuk pemprosesan yang perlu dan berkaitan dengan pengurusan perniagaan firma;
  • untuk mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan termasuk keperluan kerajaan atau kuasi-kerajaan atau pihak berkuasa atau mahkamah;
  • untuk melaksanakan tujuan lain yang perlu dan / atau berkaitan dengan perniagaan kami dan tujuan yang diperlukan atau berkaitan dengan mana-mana tujuan di atas.

(secara kolektif, “Tujuan-tujuan”).

 

KEPADA SIAPA KAMI MENDEDAHKAN DATA PERIBADI

Kami mungkin mendedahkan atau berkongsi Data Peribadi anda yang diperlukan untuk melaksanakan Tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini kepada orang, parti-parti atau entiti-entiti, termasuk tanpa terhad kepada:-

  • juruaudit, peguam, perunding, penanggung insurans, penanggung insurans yang dicadangkan, penasihat, pegawai bank, ejen, penyedia perkhidmatan pihak ketiga (termasuk firma undang-undang untuk perkhidmatan yang diminta oleh anda), rakan niaga atau rakan sekutu atau ejen rujukan undang-undang yang tertakluk kepada tanggungjawab kerahsiaan kepada kami ;
  • kerajaan atau kuasi-kerajaan dan pihak berkuasa pengawalseliaan di Malaysia dan di negara-negara di mana kami, juruaudit, peguam, penasihat, jurubank, ejen, penyedia perkhidmatan pihak ketiga (termasuk firma undang-undang di bidang kuasa lain), rakan kongsi perniagaan atau rakan sekutu atau ejen rujukan undang-undang mempunyai kehadiran atau memerlukan kelulusan atau diminta untuk menghantar maklumat tersebut;
  • semua orang atau badan yang lain yang membekal perkhidmatan yang diperlukan dan / atau berkaitan dengan perniagaan kami.

 

PEMINDAHAN ANTARABANGSA DATA PERIBADI ANDA

Kami mungkin memindahkan Data Peribadi anda ke tempat-tempat luar Malaysia semasa menlaksanakan  mana-mana Tujuan-tujuan yang dinyatakan di sini.

 

MENGAKSES DAN  MENGEMASKINI DATA PERIBADI ANDA

Jika anda ingin mengakses, memperbetulkan atau mengemas kini Data Peribadi anda, sila hubungi kami melalui maklumat berikut:-

MESSRS TAN CHONG LII & CO.
Advocates & Solicitors
Unit 720, Level 7, Block A,
Lobby 4, Damansara Intan,
No. 1, Jalan SS 20/27,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel No.: 03-7621 1391
Fax No.: 03-7621 1392

Email : general@cltan.com.my

 

Kami akan menjalankan semua usaha yang sewajar dan praktikal untuk memenuhi permintaan anda jika  permintaan tersebut  selaras dengan undang-undang perlindungan data yang terpakai.  Kami juga mungkin memerlukan maklumat tambahan mengenai anda atau untuk mengesahkan identiti anda bagi mengelak penipuan dan ketidaktepatan.

 

PERUBAHAN PADA PERNYATAAN PRIVASI INI

Kami mungkin mengemaskini Pernyataan Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam amalan privasi kami atau perubahan dalam undang-undang yang terpakai. Jika terdapat perubahan pada Pernyataan Privasi ini, kami akan mengubah tarikh “dikemas kini” di bahagian atas halaman ini. Sila semak Pernyataan Privasi ini secara berkala untuk mengetahui syarat privasi yang dikemas kini. Penggunaan perkhidmatan kami oleh anda yang berkait dengan Penyataan Privasi ini selepas perubahan terma tersebut disiarkan merupakan persetujuan anda terhadap syarat tersebut.

 

TAFSIRAN

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi Bahasa Melayu Pernyataan Privasi ini dan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris hendaklah diguna pakai.

Untuk versi Bahasa Inggeris, sila klik sini.